July 19, 2006

動物園大學(二):肚濫之後,我們可以做什麽?

以下是從"學運"寄來的Urgent Appeal。其中也包括了博大大專生被暴力對待的事件經過,學運和JERIT的聯絡人,我們可以對該起事件表示抗議的相關機構和人士,以及Urgent Appeal的樣本。

如果你真的為被欺負的同學們感到肚濫,那麽請把你的悲憤,化爲小小的力量,用行動支持他們。

 

MALAYSIA YOUTH AND STUDENTS DEMOCRATIC MOVEMENT (DEMA)
马来西亚青年与学生民主运动(学运)

Add: 3, Jln 5/58, Tmn Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel / Fax: 03-77839525    Email: demamalaysia@gmail.com


Kes-kes Pelajar Universiti dikasari

Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA) dan Gabungan Anak Muda dan Pelajar, JERIT (GAMP) meyeru semua pihak memberi perhatian kepada kes-kes penindasan serius yang berlaku di UPM.

Kronologi

11/7/06 (Selasa)

  • Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) telah membuka kaunter perkhidmatan mahasiswa di kafeteria Kolej 12 dan 14 pada pukul 6 petang.
  • Tujuan kaunter ini adalah untuk membantu mahasiswa terutamanya mahasiswa baru dalam apa-apa sahaja yang dihadapi oleh mereka sama ada di sekitar kawasan UPM ataupun kolej kediaman mereka.
  • Segalanya berjalan dengan lancar sehingga dua orang mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai MTM Kolej 12 datang mengacau kaunter perkhidmatan tersebut.
  • Mereka mengarah mahasiswa yang berkhidmat di kaunter untuk berhenti mengedarkan risalah sementara menunggu kedatangan pengetua Kolej 12, pegawai keselamatan dan pegawai Hal Ehwal Pelajar UPM.
  • Tidak lama kemudian, pegawai keselamatan dan pegawai HEP pun sampai.
  • Mereka terus pergi ke kaunter dan cuba merampas barang-barang yang terletak di atas meja tanpa memberi sebarang alasan.
  • Salah seorang pegawai yang bernama Yusof bercakap dengan kuat dan menolak Ooi Tze Min (Simon) secara kasar sehingga Simon terlanggar kerusi dan hampir jatuh ke lantai.
  • Walaupun pada masa itu ramai mahasiswa sedang menjamu selera di kafeteria, Encik Yusof masih menjerit dengan kuat sehingga mengancam ketenteraman kawasan kafeteria.
  • Ramai mahasiswa mula berasa binggung dan terkejut akibat tindakan kasar Encik Yusof.
  • Sementara itu, terdapat juga beberapa orang pegawai yang cuba merampas kamera yang dipegang oleh salah seorang rakan Simon, iaitu Wong Keen Yee.
  • Mereka juga menjerit dengan kuat dan kasar terhadapnya. Selain itu, mereka juga asyik mengekorinya sehingga dia tidak dapat berada di kawasan kafeteria dengan selesa.
  • Encik Yusof juga merampas papan tanda "kaunter perkhidmatan mahasiswa" dan risalah dan membuangnya ke dalam tong sampah yang berdekatan.
  • Keen Yee yang cuba menghalang tindakan kasar Encik Yusof telah mengalami cedera di tangan apabila Encik Yusof menutup penutup tong sampah secara kasar.
  • Sementara itu, dua orang mahasiswi, Lye Che Yee dan Miao Yee yang duduk di tepi meja kaunter perkhidmatan yang sedang minum dikepong oleh sekumpulan mahasiswa yang berpakaian baju batik, iaitu MTM kolej 12.
  • Mereka dengan kasarnya mengarah kedua-dua mahasiswi untuk keluar dari kafeteria.
  • Di samping itu, mereka juga bertepuk-tepuk tangan, bersorak-sorak, menjerit slogan mereka untuk membuat bising.
  • Salah seorang daripada mereka menarik meja makan yang berada di tepi meja mahasiswi itu dan menutupnya.
  • Seorang lagi MTM yang berpakaian baju batik kelabu menarik kerusi Miao Yee serta mengarahnya balik.
  • Tindakan kasar mereka mengancam keselamatan kedua-dua mahasiswi dan mahasiswi berasa ketakutan.
  • Salah seorang mahasiswi yang bernama Lim Sok Swan menelefon polis apabila dia melihat keadaan menjadi semakin serius dan takut keganasan akan berlaku terhadap kedua-dua mahasiswi itu.
  • Pada masa polis tiba, MTM kolej 12 juga meneruskan tindakan kasar mereka dengan menarik meja makan kedua-dua mahasiswi.
  • Buku-buku dan gelas minuman hampir terjatuh akibat tindakan kasar mereka.
  • Mangsa-mangsa trajedi ini melaporkan kes keganasan ini di Balai Polis Sri Serdang.

 

16/7/06 (Ahad)

  • Pada jam 6.45pm, 2 orang pelajar dari Persatuan Bahasa Tionghua UPM (PBTUPM) dikepung di Kolej Tun Perak (KTP), UPM apabila mereka sedang mengedar risalah aktiviti budaya mereka. Mereka dikepung oleh pegawai-pegawai Bahagian Keselamatan (B Keselamatan), mereka termasuk Mazlan yang mempunyai rekod mengkasari pelajar pada tahun 2004. Pengetua kolej tersebut turut terlibat dalam kes tersebut. Pelajar-pelajar tersebut tidak dibenarkan beredar dari kolej tersebut. Pegawai-pegawai menakutkan mereka bahawa Universiti akan melapor polis untuk menangkap mereka.
  • Pada jam 7.00pm,  Simon dan seorang lagi pelajar datang ke kolej tersebut dan cuba membawa kawan-kawan mereka beredar dari kolej tersebut. Tetapi pegawai-pegawai masih tidak membenar pelajar-pelajar edar dari kolej tersebut. Pegawai-pegawai hanya membenarkan pelajar-pelajar tersebut beredar jika mereka mengaku tidak akan lagi mengedar risalah di dalam kampus.
  • Akhirnya, risalah-risalah PBTUPM telah dirampas oleh pegawai-pegawai dan barulah pelajar-pelajar tersebut dilepaskan.

 

17/7/06 (Isnin)

  • Pada jam 6.30pm, beberapa pelajar Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM) sedang mengadakan Kaunter Perkhidmatan untuk membantu kebajikan pelajar di kafeteria Kolej 12 ,UPM.
  • Pada jam 7.00pm, sekumpulan pelajar yang lebih kurang 50 orang mula mengepung pelajar GMMUPM. Kumpulan pelajar tersebut disyaki diketuai oleh Eddy Azuan (nombor matrik: 121896).
  • Kumpulan pelajar tersebut berkelakuan seperti samseng. Mereka menjerit dengan kuat dan menghentak meja dengan kuat dan kasar.
  • Mereka menuduh pelajar GMMUPM menjalankan aktiviti (kaunter perkhidmatan) yang haram.
  • Mereka merampas risalah serta cuba menghalau pelajar GMMUPM dan meminta mereka beredar dari situ dalam tempoh masa 10 minit.
  • Pelajar GMMUPM enggan beredar kerana mereka percaya bahawa mereka tidak bersalah. Rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk berkempen atau membuat aktiviti.
  • Walaupun pelajar GMMUPM hanya duduk, kumpulan pelajar samseng tersebut terus mengambil meja dan kerusi yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut secara kasar dan tanpa mempedulikan keselamatan pelajar-pelajar GMMUPM.
  •  Pelajar samseng tersebut bertindak kasar sehingga menolak dan menghalau dengan keras terhadap pelajar- pelajar GMMUPM dari kafeteria Kolej 12.
  • 2 orang pelajar perempuan terjatuh disebabkan keganasan kumpulan pelajar samseng.
  • Seorang pemberita daripada Merdekareview.com telah diteriak di tepi telinga dengan kuat, ditolak, dirampas pen dan kameranya telah rosak ketika dirampas oleh kumpulan pelajar samseng.
  • Segelintir pelajar samseng telah bertindak dengan kelakuan tidak senonoh terhadap pelajar perempuan GMMUPM.
  • Oleh sebab keadaan semakin kritikal, pelajar GMMUPM telah membuat keputusan untuk menelefon polis.
  • Walaupun pelajar samseng tersebut menyaran bahawa mereka tidak takut kepada polis, akan tetapi mereka tetap terdiam apabila polis telah sampai.
  • Pegawai yang bernama Yusof, yang disyaki merancang situasi kelam-kabut ini, telah sampai dan mengarah pelajar- pelajar samseng tersebut beredar dari situ. Pegawai-pegawai keselamatan dan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar UPM juga tidak memberi bantuan kepada pelajar-pelajar GMMUPM yang dibuli.
  • Mangsa-mangsa trajedi ini melaporkan kes keganasan ini di Balai Polis Sri Serdang.

Oleh kerana ruang demokrasi dan hak-hak asasi pelajar-pelajar UPM dihakis dengan serius, kami meminta anda memberi bantuan atau sokongan dari luar.

Anda boleh menghubungi orang-orang berikut untuk memberi tekanan kepada mereka untuk menghentikan sebarang penindasan dalam kampus.

  1. Major Feisal bin Awang (019-2218548)

Head of UPM Security Department

Security Department UPM

43400 UPM Serdang.

 

Tel       : 03-8946 6114 / 8946 6116

Faks     : 03-8943 3468

 

  • Prof. Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah
  • Naib Canselor UPM

    Pejabat Naib Canselor, Canseleri UPM

    43400 UPM Serdang.

     

    Tel       : 03-8946 6001/ 8946 6002/ 8948 6888

    Faks     : 03-8948 3244

    Emel     : nc@putra.upm.edu.my

     

  • YB Dato’ Mustapa bin Mohamed
  • Minister of Higher Education

    Ministry of Higher Education

    Blok E3, Parcel E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62505 Putrajaya.

     

    Tel       : 03-8883 5000

    Faks     : 03-8889 3921

                Emel     : webmasterkpt@mohe.gov.my

     

    Kami juga meminta anda melapor polis terhadap kes-kes penindasan di kampus UPM yang berlaku dalam beberapa minggu tersebut.

     

    Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh menghubungi Lee Huat Seng, 019-3471016.

     

     

     

    Yang benar,

     

    Lee Huat Seng

    Secretary of International Affairs

    Malaysian Youth and Students Democratic Movement

    (DEMA)

     

    Lua Khang Wei

    Pengerusi

    Gabungan Anak Muda dan Pelajar, JERIT

    (GAMP)


    Contoh Surat

     

    HENTIKAN TINDAKAN MEMBULI DAN MENGASARI AHLI GERAKAN MAHASISWA MAJU, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA  OLEH KUMPULAN ASPIRASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DENGAN SOKONGAN PIHAK JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

     

    Kami/ Saya daripada _____ membantah tindakan pihak Kumpulan Aspirasi UPM dan Jabatan Keselamatan yang membuli dan mengancam keselamatan mahasiswa dari  Gerakan Mahasiswa Maju, UPM. Kami dimaklumkan,  bahawa beberapa mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa Maju( GMM)  , Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dikasari dan diancam keselamatan oleh pihak Kumpulan Aspirasi UPM dan juga tindakan ini dibenarkan oleh Jabatan Keselamatan Universiti Putra Malaysia. Kami berpendapat dua tindakan ini iaitu membuli dan mengasari ahli Gerakan Mahasiswa Maju adalah satu tindakan jenayah dan menyalahi undang-undang.

     

    Kami dimaklumkan, pada 17/7/06 (Isnin), lebih kurang jam 6.30pm . beberapa pelajar Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM) telah membuka Kaunter Perkhidmatan Perkhidmatan Pelajar di kafeteria Kolej 12 ,UPM , untuk membantu mahasiswa terutamanya mahasiswa baru dalam apa-apa masalah   yang dihadapi oleh mereka sama ada di sekitar kawasan UPM ataupun kolej kediaman mereka. Kami berpendapat khidmat dan usaha yang cuba dilakukan oleh mahasiswa ini kepada mahasiswa baru adalah sesuatu yang patut diberi galakan dan sokongan tetapi sedihnya pada  jam lebih kurang 7.00 pm,  lebih 50 orang pelajar yang dikenali sebagai ahli Kumpulan Aspirasi, UPM dikatakan telah mengepung 7 orang ahli Gerakan Mahasiswa Maju , UPM. Kumpulan pelajar tersebut dikatakan diketuai oleh Eddy Azuan (nombor matrik: 121896).

     

    Kumpulan pelajar tersebut dikatakan berkelakuan seperti samseng. Mereka menjerit dengan kuat dan menghentak meja dengan kuat dan kasar.Mereka merampas risalah serta menghalau ahli Gerakan Mahasiswa Maju, UPM dan meminta mereka beredar dari situ dalam tempoh masa 10 minit. Apabila ahli GMM tidak beredar dari situ, kumpulan Aspirasi ini menarik kerusi dan meja yang menyebabkan ahli GMM terjatuh. Pelajar samseng itu juga menolak dan mengasari ahli GMM, UPM . Seorang pemberita daripada Merdekareview.com telah diteriak di tepi telinga dengan kuat, ditolak, dirampas pen dan kameranya telah rosak ketika dirampas oleh kumpulan pelajar samseng. Segelintir pelajar samseng telah bertindak dengan kelakuan tidak senonoh terhadap pelajar perempuan GMMUPM.

     

    Apabila insiden ini semua berlaku, pegawai keselamatan UPM dikatakan tidak membuat apa- apa walaupun bantuan telah diminta. Maka pihak pelajar terpaksa menelefon polis untuk menyelamatkan keadaan.

     

    Insiden ini jelas menunjukkan bahawa tindakan kumpulan Aspirasi ini dibuat dengan sokongan Jabatan Keselamatan UPM. Insiden 17/7/2006 bukannya insiden pertama ahli GMM, UPM dibuli dan dikasari dikawasan UPM. Pada 11/7/2006 pun mereka telah dikasari oleh   kumpulan yang sama dibantu dengan Pegawai Jabatan Keselamatan UPM.

     

    Kami/ saya __________ menuntut, pihak universiti memberhentikan tindakan membuli dan mengasari mahasiswa GMM, UPM. Tindakan mengancam keselamatan pelajar adalah satu tindakan jenayah. Pihak Universiti harusnya memastikan pelajar universiti dapat bergerak dan membuat aktiviti mereka dengan bebas. Adalah menjadi tanggungjawab pihak universiti untuk menjaga keselamatan mahasiwa bukannya mengancam mereka. Kami juga menuntut pelajar kumpulan Aspirasi Universiti yang terlibat dalam insiden ini diambil tindakan.

     

     

    Yang benar,

     

          (Nama)     

    8 Comments »

    The URI to TrackBack this entry is: http://kiankeat.blogsome.com/2006/07/19/p207/trackback/

    1. i use this link in ur blog for the contoh surat o~
      thx! :)

      Comment by dan — July 18, 2006 @ 10:57 pm

    2. This is a GREAT and comprehansive report / letter.
      几乎和非政府组织呈交给所谓人权委员会及一些其他组织的Report
      我遗憾早出世几年,没有办法和DEMA及其他为了争取学生利益学生组织一起成长。比起来,你们比当年的我们勇敢太多了。
      加油!!

      yuxian

      Comment by Wong Su Zane — July 19, 2006 @ 12:50 am

    3. 我刚刚发了谴责的简讯给Major Feisal bin Awang。

      Comment by yufuqi — July 19, 2006 @ 3:13 pm

    4. me too :)
      sent sms last night!
      嚴詞厲正的控訴!

      Comment by dan — July 19, 2006 @ 6:11 pm

    5. 看完了這部影片,身在國外的我,除了感到遺憾之外,我們能做的也只有對抗,對抗,再對抗!!大專法令的明顯拖累我們的大學生的素質,原本生活在一個多元種族的國度裡,就是一個充斥著不平等,思想不一致的矛盾裡,在大家都看到馬來人的野蠻和不可理喻的時候,我們已經區分,瓦解了馬來西亞人.
      我想我們的政治家,議員們對於這樣的事,不會有下一步的行動,因為挑戰憲法或種族沒有利益可言(相信他們的子女也不會選擇在馬來西亞上大學),所以靠他們是白費心機的,不是嗎?我們能做的,很少,很少,還是很少,遺憾的是馬來西亞的人民(特別是華人)也不能團結,我們不是要去抗爭國家,對於自己該有的保障,應該普遍擁有,但是我看到的是這樣令人覺得難過的景象.

      最後,該爭取的我們必須爭取,不公的事情太多了,馬來人活在自己建構的機制裡,這樣很容易滿足,墮落,從而導致尊嚴失散,最後只有瓦解......

      希望在馬來西亞的你們,能夠堅強的為我們華人子弟和莘莘學子說出我們的不滿,不要在靠那一些議員了,當了解了自己的實力的時候,除了對抗,對抗,再對抗!!

      By
      Eric

      Comment by Eric — July 20, 2006 @ 12:05 am

    6. Eric,歡迎你來這個部落格。謝謝支持。

      但其實我並不同意你的看法,我始終認爲這不是種族之間的衝突。而是掌握權力的校方和親校方的學生,和爲了捍衛學生權利的親學生的學生,之間的衝突。詳細的討論可以在自由媒體看到。

      我摘錄一些我認同的看法:

      (张贴者 建杰)
      哗人,我認爲我們固然要生氣,但必須分辨真正問題的所在和根源。對我來説,這起事件並不是種族的問題。
      這是大學校方壓制“親學生”陣營或者較有社會意識的學生的舉動,用以學生制學生的策略。如果這起事件辦活動的同學是親學生的巫裔同學(非註冊組織),他們一樣會受到如此的對待;如果在場的記者來自malaysiakini的巫裔女記者,她一樣會受到對付。況且,在事後學運發起的urgent appeal,是和巫裔同學一起推動的。

      問題的根源乃來自大專法令的不合理條文。在最近修改大專法令的各項新聞裏,這些連串的問題或者可以反映了囯陣政府的誠意。

      (张贴者 青色的keroppi)
      我认同21540。

      因为在亲学生的组织里就有一些其他种族的团体。其他种族的学生也有一些好样的。
      我认识的其中一名他族的朋友,就是当年积极参与策划及成立DEMA的。。
      现在,还是很好样的在非政府组织,做他想及认为该做的事。

      对那些亲政府的学生阵线,他才管你是什么肤色呢,发威了再说 (反正相信我一定受到保护,其他的我才懒得理呢!)

      在大专法令内招受过不公平的待遇的除了华裔学生,也包括其他种族的学生。。其中就有几位UiTM, UM 及UKM的友族学生受到法令及他们大学亲政府组织迫害。。
      这绝对是校园政治“国政”化的结果,而不是其他。。。

      (snowpiano)
      校园内的政治问题,早已超越族群而存在。。
      将问题归为种族问题,只会方便校方将之列为敏感课题,而扫在地毯下。
      再者,用心看的话,闹事的似乎包括一位华裔。。。

      野蛮的行径,不是因为肤色,幼稚的思维,不是因为种族的不同,
      而在于理念认知的错误。。。
      现有的大专环境,让学生以为,校方才是圣人、使者,其他的人都是反叛分子,滋事的一群。。
      大专法令成就了幼稚的学习环境。。。

      赞成要有后续活动,
      反对暴力校园!
      反对仗势欺人!

      可以反对幼稚的人在大学继续存在吗?
      那。。。。好像连一些位高权重的人也会受牵连啊?

      Comment by kiankeat — July 20, 2006 @ 12:44 am

    7. 已傳了sms 及e-mail過去,繼續努力,我們還是有許多東西是可以做的:)

      Comment by malayputra — July 20, 2006 @ 2:44 pm

    8. http://forum.home.net.my/index.php?s=5d2093c9dc34c5d7c71be54d2edbcab4&showtopic=1331&st=0&#entry8460

      maybe this will clear things up. u know, see things from both side of the fence?

      Comment by anon — August 21, 2006 @ 12:03 am

    RSS feed for comments on this post.

    Leave a comment

    Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



    Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.