動物園大學(四):肚濫之後,我們還可以報警!!
报案样本:
ADUAN POLIS
Tarikh :
Aduan Terhadap: Jabatan Keselamatan Universiti Putra Malaysia & Kumpulan Aspirasi Universiti Putra Malaysia
Aduan oleh:
*Ahli Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Putra Malaysia Dibuli dan Dikasari oleh Kumpulan Aspirasi Universiti Putra Malaysia dengan Sokongan Pihak Jabatan Keselamatan Universiti Putra Malaysia *
Kami daripada ______ membuat aduan polis ini kerana kami
dimaklumkan bahawa beberapa mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa Maju( GMM),
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dikasari dan diancam keselamatan oleh pihak Kumpulan Aspirasi UPM dan juga tindakan ini dibenarkan oleh Jabatan Keselamatan Universiti Putra Malaysia. Kami berpendapat dua tindakan ini iaitu membuli dan mengasari ahli Gerakan Mahasiswa Maju adalah satu tindakan jenayah dan menyalahi undang-undang.
Kami dimaklumkan, pada 17/7/06 (Isnin), lebih kurang jam 6.30pm . beberapa pelajar Gerakan Mahasiswa Maju UPM (GMMUPM) telah membuka Kaunter Perkhidmatan Perkhidmatan Pelajar di kafeteria Kolej 12 ,UPM , untuk membantu mahasiswa terutamanya mahasiswa baru dalam apa-apa masalah yang dihadapi oleh mereka sama ada di sekitar kawasan UPM ataupun kolej kediaman
mereka. Kami berpendapat khidmat dan usaha yang cuba dilakukan oleh
mahasiswa ini kepada mahasiswa baru adalah sesuatu yang patut diberi galakan dan sokongan tetapi sedihnya pada jam lebih kurang 7.00 pm, lebih 50 orang pelajar yang dikenali sebagai ahli Kumpulan Aspirasi, UPM dikatakan telah mengepung 7 orang ahli Gerakan Mahasiswa Maju , UPM. Kumpulan pelajar tersebut dikatakan diketuai oleh Eddy Azuan (nombor matrik: 121896).
Kumpulan pelajar tersebut dikatakan berkelakuan seperti samseng. Mereka
menjerit dengan kuat dan menghentak meja dengan kuat dan kasar.Merekamerampas risalah serta menghalau ahli Gerakan Mahasiswa
Maju, UPM dan meminta mereka beredar dari situ dalam tempoh masa 10 minit. Apabila ahli GMM tidak beredar dari situ, kumpulan Aspirasi ini menarik kerusi dan meja yang menyebabkan ahli GMM terjatuh. Pelajar samseng itu juga menolak dan mengasari ahli GMM, UPM . Seorang pemberita daripada Merdekareview.com<http://merdekareview.com/>telah diteriak di tepi telinga dengan kuat, ditolak, dirampas pen dan
kameranya telah rosak ketika dirampas oleh kumpulan pelajar samseng.
Segelintir pelajar samseng telah bertindak dengan kelakuan tidak senonoh terhadap pelajar perempuan GMMUPM.
Apabila insiden ini semua berlaku, pegawai keselamatan UPM dikatakan tidak membuat apa- apa walaupun bantuan telah diminta. Maka pihak pelajar terpaksa menelefon polis di Balai Polis Serdang untuk menyelamatkan keadaan. Akan tetapi, pihak polis di Balai Polis Serdang tidak mahu datang dan menyuruh ahli GMM, UPM membuat aduan kepada Jabatan Keselamatan, UPM sahaja. Maka ahli GMM telah menelefon IPD Subang dimana pegawai di IPD Subang telah memberitahu pegawai dari Balai Polis Serdang akan ke sana. Apabila pihak polis sampai di tempat kejadian, pihak Jabatan Keselamatan , UPM terus datang dan menyuruh pelajar kumpulan Aspirasi itu beredar dan mereka pun dikatakan telah beredar.
Insiden ini jelas menunjukkan bahawa tindakan kumpulan Aspirasi ini dibuat dengan sokongan Jabatan Keselamatan UPM. Insiden 17/7/2006 bukannya insiden pertama ahli GMM, UPM dibuli dan dikasari dikawasan UPM. Pada 11/7/2006 pun mereka telah dikasari oleh kumpulan yang sama dibantu dengan Pegawai Jabatan Keselamatan UPM.
Berkaitan dengan insiden-insiden ini, ahli Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), UPM telah membuat 9 laporan polis di Balai Polis Serdang dan nombor report adalah seperti berikut: Serdang /004177/06, Serdang /004179/06, Serdang /004180/06, Serdang/004181/06, Serdang/004183/06, Serdang/004336/06, Serdang/004337/06, Serdang/004338/06 dan Serdang/04339/06.
Kami membuat aduan polis ini kerana bimbang akan keselamatan ahli Gabungan Mahasiswa Maju , UPM dan mahu siasatan dan tindakan diambil keatas ahli kumpulan Aspirasi UPM , dan siasatan dilakukan keatas Jabatan Keselamatan UPM yang bersubahat dan turut membuli dan mengasari ahli Gerakan Mahasiswa Maju, UPM.
Tindakan mahasiswa yang bertindak kasar ini telah menimbulkan ketegangan. Pihak Keselamatan Universiti yang sepatutnya menjaga keselamatan turut terlibat langsung dalam insiden ini. Adalah amat penting untuk pihak polis membuat satu siasatan yang bebas dan berkecuali. (來源: 安那琪的文字乌托邦 )
自由媒體網友青色的keroppi提供,關於報警時應關注的事項 如果有其他朋友看到这张帖,而你们又是深受其害者。。
- 如果你们报警。。他们不接受你的报案。。请记得,他们必须接受“所有”的报案。。
– 如果他们对你冷嘲热讽,没有关系,先忍耐。。记得你要的目的,是报案。
– 然后,要求见 Investigation Officer (IO) 去做 Statement.
– 然后,拿你IO 的名字,更他要手机号码,然后去做跟进。。
至少,他们即使不采取行动,他们必须 Call 你们Complaint的对象。。然后,他们知道,你们不会沉默!!
而且你们有Video Tape .. Evidence.

是该报案的。我对这种对华人存有严重歧视的行为感到极度反感!
前两天断断续续看完了那个录影片段后,心情直接跌入谷底。
从前我在学院念书,住在宿舍里。那些“马”姓人士经常欺压华人或者印度人,诸如随意打开衣橱,拿人家的衣服来试穿,联合起来霸占冲凉房,随意使用人家的东西,事先也没通知一声等等的事情,每天都在上演。
其实这类事情不止在学府发生,在我们社会也正在蔓延中吧?
悲哉。
Comment by 卓欣仪 — July 21, 2006 @ 11:03 am